TAFSIRAN LENCANA SEKOLAH
3 TINGKAT BUKU
Melambangkan sumber ilmu pengetahuan yang ditimba untuk panduan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
TOPI GRADUASI Melambangkan matlamat pendidikan formal ke tahap yang paling tinggi.
GLOBE DAN LAMBANG SIBER Melambangkan kesungguhan warga sekolah untuk kecemerlangan ICT dan bersaing dalam arus ledakan maklumat dan globalisasi.
NOMBOR 5 ROMAN Mewakili Rasau Kerteh 5 (nama sekolah).
TIGA SUKU BULATAN PERTAMA Kesepaduan muafakat antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat.
TIGA SUKU BULATAN KE-2 Kesepaduan dan kemuafakatan pihak sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan sekolah.
KAABAH Menunjukkan matlamat pendidikan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.
WARNA KUNING Melambangkan mutu dan nilai yang tinggi diberikan kepada ilmu. Ia juga menunjukkan usaha-usaha yang agresif dan tekal untuk mencipta kecemerlangan dan kegemilangan.
WARNA BIRU Menunjukkan perpaduan dan muhibah serta persefahaman antara warga sekolah dan komuniti bagi memperkasakan organisasi dan pendidikan.
WARNA JINGGA Melambangkan warna kelapa sawit sebagai sumber ekonomi yang utama di kawasan Felda Rasau Kerteh dan juga wilayah KETENGAH.
WARNA PUTIH Melambangkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan sebagai entity kecemerlangan pendidikan.
WARNA HIJAU Melambangkan keharmonian di antara manusia dan alam
No comments:
Post a Comment